
Selamat Datang ke
Institutional Data Monitoring System (IDMS)
IDMS ialah sebuah Sistem Pemantauan Data Berpusat bagi semua Pangkalan Data Utama di Universiti Sains Malaysia bagi tujuan pelaporan, pemantauan, perlaksanaan analisis dan strategi.
Melalui IDMS, semua data pusat akan dipaparkan secara live dan tersedia untuk kegunaan pelaporan dan pengauditan mengikut kehendak glosari yang telah ditetapkan seperti MyRA, SETARA, MyMOHES dan sebagainya.
Pembangunan sistem IDMS akan dikembangkan mengikut fasa yang ditetapkan agar sentiasa relevan dan memenuhi keperluan Pusat Tanggunjawab dan Universiti.






Pemantauan
Semua data yang terkandung dalam pangkalan data pusat universiti seperti SMUS, SMUP, eRND, NCIS dan lain-lain akan dipaparkan mengikut masterlist tertentu bagi memudahkan Pusat Tanggungjawab dan Stakeholder memantau data masing-masing agar sentiasa dikemaskini, tepat dan dipercayai.
Pelaporan
Semua data yang disimpan dalam pangkalan data pusat universiti akan dikeluarkan dan digenerate mengikut masterlist tertentu bagi kegunaan pelaporan dan juga penghantaran data bagi semua jenis pengauditan yang terlibat oleh Universiti.
Data Analitik
Melalui data yang disimpan dalam pangkalan data, IDMS berupaya untuk mengekstrak data dan memanipulasi ke dalam bentuk infografik dan melaksanakan pengurusan data analitik untuk keperluan merangka strategi dan halatuju Pusat Tanggungjawab.
Data kini di hujung jari anda
Semua data dari pangkalan data utama Universiti kini tersedia untuk diakses dan diekstrak mengikut keperluan pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan.
-
Data Lebih Tepat
Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dari pangkalan data utama universiti. -
Data LIVE
Data yang telah sempurna akan terus dipaparkan secara LIVE untuk keperluan anda. -
Data Masterlist
Data yang belum sempurna akan dimurnikan terlebih dahulu untuk membantu penyediaan data yang lebih tepat dan dinamik.


Data dicapai,
dipapar secara berpusat
Untuk proses pengauditan MyRA PTJ, semua masterlist yang diperlukan telah tersedia secara automatik untuk dimuat turun.
-
Data telah disemak
Semua data telah disemak dan disahkan oleh pemegang taruh yang bertangungjawab -
Data telah disemak dengan senarai Staf
Semua data telah pun disemak dengan staf aktif bagi memastikan hanya data yang sah sahaja dipaparkan. -
Data telah diverifikasi dan diterima
Semua data yang dipaparkan telah sempurnya untuk diterima dan diproses untuk pemarkahan.
Proses Pengauditan Kini Menjadi Lebih Mudah
Proses penyediaan data masterlist untuk Pengauditan Utama Universiti kini lebih mudah dan cepat. Semua data telah disediakan dalam format masterlist masing-masing bagi memudahkan anda mengekstrak data yang diperlukan dengan hanya sekali klik.